top of page

Sejarah SPYIT

_1.jpg
Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. bermula dari sebuah Jabatan Penerbitan di Yayasan Islam Terengganu. Pada 11 September 1985, Jabatan Penerbitan tersebut diperbadankan sebagai sebuah syarikat milik penuh Yayasan Islam Terengganu dengan modal berbayar RM9,090,002.00 dan modal yang dibenarkan sebanyak RM10 juta.
a1.jpg

Pada 1 Mac 2007, di bawah penstrukturan semula anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, ekuiti Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. telah dipindah milik kepada Terengganu Incorporated, syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

 

Aktiviti utama ketika di bawah Jabatan Penerbitan di YIT ialah mencetak Al-Quran. Walau bagaimanapun, setelah diperbadankan syarikat mula mencetak hampir kesemua bahan seperti Tafsir Al-Quran, Surah Yasin, buku-buku, majalah, novel, surat khabar, ‘brochure’, laporan tahunan, diari, kalendar dan banyak lagi. Hampir kesemua bahan bercetak dapat dihasilkan di sini dengan adanya kemudahan bermula pra cetak, cetak dan menjilid. Syarikat kini juga mempunyai bahagian percetakan digital yang boleh menghasilkan ‘Bunting’, Banner, ‘Billboard’, ‘Backdrop’, sticker dan lain-lain.

Inside copy copy.jpg

SPYIT ialah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan juga ahli kepada:

 

• Persatuan Pencetak Malaysia

• Persatuan Pencetak Melayu Malaysia

• Persatuan Pengilang-pengilang Bumiputera Malaysia

• Dewan Perniagaan & Perindustrian Melayu Terengganu

Berminat?
Perlukan Perkhidmatan Kami?
Telefon Kami Sekarang untuk membuat tempahan : +609 666 8611 / 6652 / 8601  
Kaler.png
  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon
  • Twitter
  • Instagram

© 2019 by SPYIT

bottom of page